Coretan Buat MAMA DAN PAPA

Dalam kedinginan pagi
       Yang masih belum disinari mentari
Kau telah bangun untuk mencari sesuap nasi
    Bukan untuk insan lain
Tetapi hanya untuk 3 orang anakmu ini
Yang hanya mengerti untuk meminta.
                      Ma,abah….
Betapa besarnya jasa mu
Sanggup menahan perih kelaparan
     Hanya untuk anakmu
Yang tidak putus meminta disuap
Sedangkan santapanmu sahaja
    Yang masih bersisa
                    Ma,abah….
Engkau sanggup membiarkan
 Malam mu tanpa tidur serta rehat
Walaupun kepenatan mu tidak terucap
        Di bibir
Hanya untuk berjaga menampar nyamuk
      Yang menjadi penggangu
Tidur anakmu 3 orang ini….
               Ma,Abah….
       Sesungguhnya
     Tidak tertulis segala pengorbananmu terhadapku
Sehingga kaki ku kini
Telah berpijak dipuncak menara gading
Jika bukan kerana ma dan abah
Aku dan abangku tidak mungkin berada disini
Dimana kegemilangan ku bertapak….
    Terima kasih ma dan abah…
     Hanya yang Maha Esa bias
Membalas segala-galanya….
*buatmu ma dan abah *
*lynn,abang dan adik xkan sia2kan harapan ma dan abah *
*terima kasih atas segala-galanyer*


THANKS SEBAB SUDI BACA BLOG LYNN

No comments:

Post a Comment