KEPERITAN DAN KESEDIHAN YANG DITANGGUNG OLEHKU :-(


               SUATU KEGAGALAN
            Penyesalan tidak bererti apa-apa lagi. Semuanya sudah terjadi. Sesungguhnya air mata tidak dapat membayar dan memgembalikan keputusan SPM aku. Walau mengalir  air mata darah sekalipun namun segala-galanya sudah terlewat keputusan yang ku terima sudah muktamad. Suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan lagi. Aku terpaksa menerimanya walaupun hakikatnya terlalu pahit untuk ku telan. Inilah kegagalan pertaman yang menghiris hatiku.
            Kenapa dari dulu lagi aku tidak menangis supaya hari ini aku bisa ketawa dan tersenyum megah seperti teman-temanku yang lain?kenapa?bodoh sehingga aku telah ingkar pada janji yang ku ucapkan kepada abah dan ma selama ini. Aku terus merenung senja yang muram bersama terbanamnya sang matahri kenanganku selama ini. Tiada lagi hilai tawa dan senda gurau yang dapat menghiburkan hatiku yang bersarang dalam benakku ialah keputusan yang amat sukar ku tempuhi yang tak pernah aku tempuhi. Kesungguhan aku akhirnya aku telah digantikan suatu KEGAGALAN yang amat perit bukannya KEJAYAAN yang amat manis ..sungguh pelik.. L
            Alangkah pedih dan sengsaranya suatu kegagalan! Lin,sudahlah tuh. Abah sedang menantimu. ‘’pergilah sembahyang bersama-samanya!! Suara ma mematikan lamunanku yang sudah seperti orang gila. Tanpa berlengah lagi ,dengan langkah yang lesu aku mengambik wuduk dalam hatikku berharap ketenangan muncul setelah aku selesai sembahyang nanti.
            Setelah selesai bersama abah,ma,abang dan adik aku terus ke bilik tanpa terus ke meja makan. Memang akuu sengajakan sebab aku tidak mahu bertentangan mata dengan abah dan ma .Sesungguhnya aku terlalu malu dan kecewa. Fikiranku tidak tenang. Tidak ada tumpuan langsung dalam solat tadi. Segala-galanya berserabut dalam fikiranku.
           Lantasku menarik slip keputusan SPMku. Ku merenung seolah-olah tidak mempercayai apa yang telah ku lihat itu biarpun telah berulang-kali. ‘’Jangan fikirkan sangat perkara itu Lin. Kau boleh cuba lagi bila kau dah dapat masuk U nanti,bukan selamanya kau akan gagal’’kata sepupuku yang cuba memujukku.’’entahlah’’,jawabku sepatah sahaja. Aku tak tahu apa yang harus akau lakukan lagi.
           Aku tidak tahu kepada siapa yang harus aku lepasakan perasaan sedih,kecewa,kehampaan di dadaku ini. Akhirnya ku lepaskan perasaan itu kepada diriku sendiri. Aku tidak boleh menyalahkan orang lain lagi walaupun aku telah banyak berusaha. Aku tidak boleh menyalahkan sesiapa. Kalau guru yang hendak dipersalahkan kerana tidak bersungguh-sungguh mengajar,mengapa ramai kawan-kawan aku yang lulus malah ada yang mendapat keputusan cemerlang.
           Abah dan ma? Mereka tidak bersalah,segala keperluan pelajaranku telah disediakan dengan secukupnya. Malah mereka telah banyak berkorban segalanya untuk membiayai persekolohanku.
        ‘’Jangan lekas putus asa Lin,lin mesti kuatkan semangat dan tebus kembali kegagalan lin’’Tirah masih memujukku. Tirah adalah satu-satunya teman sekolah yang mengambil berat tentang diriku. Keputusan peperiksaannya amat cemerlang dan membanggakan. Aku sungguh malu terhadapnya.”Tak tahulah Tirah,fikiran Lin benar-benar bercelaru sekarang ini ! Lin xtau apa yang harus dilakukan.”tak baik bekata begitu Lin.. Lin mesti tabah mengahadapi kenyataan ini .Semuanya takdir tuhan’’. Dia terus memujukku.
             Kehampaan terus menyelubungi jiwaku. Di sana,aku memandang kearah kawan-kawan yang begitu riang sambil ketawa kerana kejayaan mereka itu bersama guru-guru. Kejayaan mereka menjadi kebanggaan guru-guru di sekolahku. Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada mereka. Tika ini aku berasa sungguh sayu mengenangkannasibku. Aku tidak tahu dimana hendak aku sorokkan muka ku ini. Tidak ada guru,tidak ada teman-teman yang sudi menemanku dan mempedulikanku kecuali Tirah. Lantas aku cuba menjauhkan diri darinya kerana tidak tahan dengan puji-pujian teman-teman kepadanya sedangkan aku hanya diam bagaikan tunggul kayu yang sudah tiada nilai. Aku harus bergelut dengan perasaanku sendri. Tanpaku sedari air matuku mula menitis.
             Lin,,suara abah menyentak lamunanku. Abah duduk disisiku sambil memerhati keputusan peperiksaan yang sudah renyuk diramas oleh aku. Aku tahu abah benar-benar mengerti perasaanku. Lin harus sedar,tiada orang yang idamkan kegagalan. Anggaplah kegagalan ini suatu azam bagi lin. Abah mahu Lin bina semula sebuah cita-cita disebalik kegagalan ini. Abah dan ma sentiasa mendoakan kejayaan lin .
              Kata-kata abah benar-benar menusuk jiwaku. Aku tahu abah begitu kecewa dengan kegagalanku ini. Aku tahu aku telah melukai dua jiwa yang telah banyak bersusah payah membesarkanku .Maafkan Lin abah..ma. Pagi itu aku bangkit bersama terbitnya sang suria di pagi hening. Tanpa sebarang keraguan, aku nekad untuk kembali belajar. Dalam solatku aku mendoakan agar Tuhan menguatkan semangatku untuk terus berusaha. Aku ingin buktikan kegagalan pertama bukan kegagalan berpanjangan dalam hidupku buat selamnya.

Cetusan rasa seorang anak ..Lynn !
DIHIMPIT KESEDIHAN L

THANKS SEBAB SUDI BACA BLOG LYNN

1 comment: